Sejujurnya, aku memang jarang pakai bawal sbb aku lebih suka pakai shawl. Aku cuma nk nasihat lah sesiapa yg pakai bawal tuh. Awak-awak yg pakai tudung bawal nie, tak kisahlah labuh atau pendek atau sedang, awk ada pakai inner untk cover leher putih melepak awak tuh tak? Fyi, semua jenis kain kat dunia nie tak kisahlah mahai ke murah ke tetap ada kejarangannya. Awak tak kesian ke kat ayah , adik/abang lelaki mauhupun suami yg menanggung dosa awak sbb tidk tutup aurat. Sebenarnya , awk tahu tak apa itu menutup aurat? Meh , biar sy terangkan yee. ^_^
Menutup aurat bermaksud menutup anggota badan kita yg tertentu drpd dilihat oleh mahramnya. Maksud mahram pula, lelaki/perempuan yg kita boleh kahwin sprti org yg jalan-jalan kat pasar raya tuh. (kalo berkenanlah) Mesti ada yg tertanya, "Bukan muhrim ke?". Muhrim itu org yg sdg berihram ketika haji atau umrah. Jangan tanya pula berihram itu apa. Memang kene hempuk kang. Gurau jee. Rajin-rajin diri search ok? So kalo awak pakai tdg bawal adakah awk jamin aurat awak terpelihara? Belilah inner yg menutup leher awak tuh perempuan, kalo awk boleh beli tdg yg mencecah berpuluh-puluh hinngit, takkan awak tak boleh beli inner neck yg hrga bawah rm10? Itulah manusia. Benda yg suka dikerja-kerjakan. Tuntutan agama buat endah tak endah. Allahuakbar.
Karang tegur, berasap pulak minah nie. Tak tegur, kita nnti berasap kat alam sana. Allahu.. Mana yg akan anda pilih? Mesti tak nak dedua kan, so cara nye , tegurlah dgn lembut, tak pun berdoa semoga si dia berubah termasuk diri sendiri(jika diri sendiri pun tak pakai). Kalo dh beli tuh, pakailah awak, jangan jadi hiasan bilik pulak. Beli yg murah pun dah ok . Kurang lah dosa keluarga awk yg berjantina lelaki. Janganlah habaq
"Panaslah pakai inner neck ni, baru cuci cikit dah terbuka benang sana sini, warna pudar eiii geramnyaaa. Takyah pakai lah senang kalo mcm nilah jadi!"
AWAK! Eii saya pun geram awak. Kalo dah tau jadi mcm tuh belilah yg berkualiti . Keluar lah duit tuh cikit untk tutp aurat. Tak mati pun. Sekali lagi sy ulang, kalo awak boleh beli make up , produk , novel, jubah , kasut yg berhrga berpuluh atau beratus takkan inner neck yg hrga rm10 awak tak boleh beli? Kalo nk bagus, beli yg hrga bawah rm50 belambak-lambak kat luar. Berbaloi tau sbb takkan jadi mcm situation atas tuh, kualiti pun bagus, tahan lama. Tanpa awak sedar, inner neck yg awak ckp labuhlah,panaslah dh bersama dgn awak hampir 6 tahun. Satu perubahan yg baik tau. Kalo awak pakai bawal/shawl/instant without inner, org boleh nmpk leher putih melepak awak . Lagi2 waktu pagi, petg masa matahari nk mula menyinari muka bumi. Bertambah nampak sprti awak tak pakai apa2 pun .Waktu malam pun sama. Janganlah awak pulak bgi alasan
"Dah malamlah orang bukan nampak pun, Takde nya diorg nk tengok aku"
Awak, malamlah lagi nampak. Cuba awak pikir, kalo awak pegi mana-mana atau kedai pada waktu malam. Tak berlampu kan? Biar betik?! Mestilah berlampu. Takkan lah awak pergi beli barg di kedai guna lampu suluh? Tak pernah dibuat dek orang. Perempuan ini, lumrah nya suka bergaya even yg berpurdah/berniqab pun berkeinginan. Sebab Allah yg cipta kita org perempuan suka bergaya. Jadi, jgnlah guna ayat org tak pndg akulah, sbb lelaki akn pndg mana2 perempuan yg dia rasa nk pandang. Dan hang adlh salah satunya.
Belilah. Kasihanilah kaum adam. kesian diorg tau. Bak kata sorang ustaz tuh, "Rezeki dah ada depan mata, takkan nak tolak?" ye dak? huhu.. Bukan khas untk bawal je, yg pakai shawl ke tudung instant ke pakai lah nakkkk. Org takkan marah awak. Bertambah bersyukur tau org tersebut. Belum lagi cakap ttg pakai legging. Fuh, tuh topik sensitif.. Insya-Allah lain kali kita bincg.
Lagi satu, kalo dada awak tuh jenis yg hmm.. paham-paham lah ye. Belilah inner neck yg labuh untk menutupinya. Jangan harapkan bawal/shawl/instant awak tuh. Sebab kerja diorg untk menggaya dan menutup. Yang selebihnya terserah kepada diri sendiri nk buat apa. takpun gi usha instagram yg jual inner yg menepati syarat2 awaks semua @souleha_. Labuh pun ok, hang nak pakai shawl ikat blkg pun boleh even dikategorikan sbgai inner neck. Ni bukan nk promote ke hape, cuma nk tolg awak-awak yg masih berada di jalan yg salah. Semoga kita semua berubah ke arah kebaikan ye. Aamiin... ^__^
p/s ; Maaflah lama tak update. Semoga entry ini boleh menyedarkan dan mendeep kan awaks semua ye. hehehe. Jomlah kita berubah..







